PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS)
PDFPrintE-mail

PUSAT SUMBER merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi 
pengajian seperti sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunanya, iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS Sk Rawang bermatlamat meningkatkan mutu kurikulum dan ko-kurikulum. Pusat Sumber sekolah ini ditubuhkan selaras dengan pembukaan sekolah ini pada tahun 1969. Pusat Sumber Sekolah terletak di tingkat 2 Blok B yang mempunyai 3 buah bilik berasingan iaitu:


  • Bilik Perpustakaan
  • Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  • Bilik Tayangan
Pusat Sumber juga mempunyai rangkaian bilik-bilik khas, tempat dan sudut-sudut khas iaitu:

  • Bilik ELSAR
  • Bilik Multiple Intelligent (MI)
  • Bilik J-QAF
  • Bilik Muzik
  • Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bilik Peperiksaan
  • Surau
  • Bilik Rawatan
  • Makmal Komputer
  • Bilik Akses
  • Bilik Guru
  • Bilik SPBT
  • PRA Sekolah
  • Bilik Kaunseling

No comments:

Post a Comment